[VIDEO] Disangka orang memancing, rupanya abang ‘Rider’ terbabas dalam longkang

0
694

SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mencari sesuap nasi terutama sekali buat mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan yang boleh dikatakan merisikokan nyawa mereka setiap hari selain meredah hujan dan panas demi memuaskan hati pelanggan.

Hal ini samalah seperti seorang penghantar makanan yang tular di laman TikTok sejak semalam apabila dirinya diselamatkan oleh sepasang suami isteri setelah terkapai-kapai meminta bantuan selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang.

Video berkenaan yang dimuat naik oleh pengguna, @prettyayue mendapat perhatian netizen dan sehingga kini telah mencapai sebanyak 2.8 juta jumlah tontonan dengan lebih 299 ribu tanda suka.

Bercerita kepada SatuBerita, pemilik video berkenaan, Nur Haslina Edayu Abd. Rashid, 28, berkata, dirinya menemui penghantar makanan berkenaan terkapai-kapai di dalam longkang ketika dalam perjalanan ke sebuah pasaraya bersama-sama suaminya, Rahmat Syaaban Arsalan, 30.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] ‘Saya elak kereta memotong secara tiba-tiba’

“Dari jauh kami nampak ada orang dalam longkang terkapai-kapai, saya pada masa itu sangkakan orang sedang angkat sampah dari longkang atau orang sedang memancing kerana longkang itu agak besar.

“Bila saya pergi dekat, barulah kami nampak ada motor sekali dengan dia (penghantar makanan), barulah kami tahu orang jatuh dalam longkang, saya tengok sekeliling tiada orang datang tolong mungkin sebab tak perasan walaupun dia terkapai-kapai sebab longkang agak dalam sehingga paras leher,” katanya.

Tambahnya, ketika suaminya sedang membantu penghantar makanan tersebut, barulah orang ramai tersedar dan turut sama membantu penghantar makanan itu dan mengangkat motornya keluar dari longkang berkenaan.

“Dia keluar daripada longkang itu dia mengadu rasa sakit dan lebam-lebam sebab jatuh tergolek kan. Dia juga mengadu pening. Suami saya tawarkan nak hantar dia pergi ke hospital, tapi dia tolak kerana ada kawan dia datang ambil.

“Pada masatu pun ramai penghantar makanan yang lain turut berhenti dan berikan bantuan,” ujarnya.–SB

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Bukan senang nak jadi ‘rider’, selalu kena marah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here