Vanessa, suami maut kemalangan jalan raya

0
905

Dunia hiburan Indonesia hari ini dikejutkan dengan berita kematian Vanessa Angel dan suaminya Febri Andriansyah setelah terbabit dengan satu kemalangan di Tol Jakarta-Surabaya berhampiran daerah Ngajuk, Jawa Timur.

Kemalangan tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Kombos Gatot Repli Handoko kepada media di sana.

“Dua orang meninggal dunia manakala tiga yang lain cedera. Yang meninggal dunia bernama Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah,” katanya.

Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah maut setelah terbabit di dalam satu kemalangan di Tol Jakarta-Surabaya berhampiran daerah Ngajuk, Jawa Timur.

Beliau juga turut mengesahkan jenazah suami isteri ini sudah dibawa ke Hospital Bhayangkara Surabaya dan mangsa Hang lain dibawa ke Hospital Kertosono Ngajuk untuk dirawat.

Berita tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan-rakan termasuklah penyanyi Ashanty yang terkejut apabila sahabat baiknya itu menjadi korban kemalangan jalan raya.

“Masih terkejut, kaget dapat khabar Vanessa meninggal dunia kecelakaan jalan raya. Mereka berlima guna jalan darat ke Surabaya,” tulisnya menerusi akuan Instagram miliknya.

Melalui perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan Gala Sky Andriansyah, 1 tahun.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here