Pengarah dedah kejadian aneh, siap kena tarik kaki…

0
1021

“BARU dua hari penggambaran ada babak membuka ikatan tali pocong lebih kurang pukul 12 malam. Tiba-tiba sahaja pelakon berkenaan pengsan. Kami kelam kabut dan tengok sendiri apa berlaku memandangkan mukanya tersembam ke tanah. Mujur tiada apa-apa kecederaan serius,” dedah Emma Kasmuri.

Selaku pengarah filem Khaenak: Serangan Pocong, Emma mengakui pelbagai kejadian aneh berlaku di set penggambaran. Namun dia beruntung kerana pelbagai kisah mistik yang timbul tidak menjejaskan perjalanan filem berkenaan.

Beberapa kisah misteri lain turut didedahkan melibatkan pelakon utamanya, Apak Harry Khalifah.

“Saya anggap ini kejadian aneh dan membuatkan kami berhati-hati. Ada satu babak melibatkan Apak menunggu kehadiran pocong di atas motor. Tiba-tiba ada benda yang menarik kakinya.

“Waktu itu tidak ada siapa pun yang sedar dengan perkara tersebut. Habis sahaja penggambaran barulah dia menceritakan hal tersebut kepada kami,” tambah Emma lagi.

Mengakui ini merupakan pengalaman baharu buat mereka, Emma dan seluruh produksi tidak patah semangat. Bagi mereka ini adalah pengalaman berharga dan pastinya memberikan kenangan manis di kemudian hari.

Berdebar menantikan reaksi peminat yer hadapan Khaenak: Serangan Pocong yang mula ditayangkan pada 11 November ini di saluran Astro First, dia berharap filem komedi seram ini akan mendapat sambutan daripada penonton.

Sebenarnya filem ini adakah sekual daripada filem Khaenak 1 & Khaenak 2 yang sudah ditayangkan di YouTube sebelum ini. Disebabkan sambutan hangat penonton, mereka memberanikan diri menjual filem ini di Astro First.

Khaenak: Serangan Pocong kisah berlatarbelakangkan sebuah kampung di pinggir bandar. Pelbagai kejadian mistik telah berlaku di kampung berkenaan namun berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu.

Kebetulan ada tetamu dari luar yang datang bercuti di kampung itu. Satu persatu perkara aneh muncul sehingga membuatkan kampung berkenaan huru-hara.

Penduduk kampung mula diganggu dengan kehadiran pocong. Ada yang diganggu ketika memandu, ada yang diganggu dengan ketukkan pintu dan diganggu semasa tidur.

“Kami buat filem ini untuk hiburan semua dengan membariskan pelakon yang tak kurang hebat,” katanya lagi.

Filem terbitan KCTV Network & Broadcasting Sdn Bhd ini membariskan pelakon seperti Apak Harry Khalifah, Diana Ezety, Kamarul Haji Yusoff, Hushairi Husin dan ramai lagi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here