[VIDEO] ‘Saya elak kereta memotong secara tiba-tiba’

0
625

PENGHANTAR makanan yang tular sejak semalam setelah diselamatkan oleh sepasang suami isteri apabila dirinya terbabas ke dalam longkang memaklumkan dirinya mengelak sebuah kereta yang menukar laluan secara tiba-tiba sehingga dirinya terpaksa mengelak sebelum terbabas.

Baca berita berkaitan: Disangka orang memancing, rupanya abang ‘Rider’ terbabas dalam longkang

Muhammad Nazreen Zam Zam, 28, berkata, ketika kejadian itu berlaku, dirinya sedang menuju ke sebuah vendor untuk memungut pesanan daripada pelanggannya.

“Jalan itu pada waktu petang memang sesak, tiba-tiba ada sebuah kereta tukar daripada ‘lane’ tengah masuk ke ‘lane’ kiri, jadi saya nak mengelak kereta tu, sebab itu saya sampai termasuk dalam longkang.

Kereta tu pun saya tak tahu dia perasan atau tidak ketika itu sebab saya dah duduk dalam longkang dah,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Katanya, dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dengan hanya sekadar luka kecil di bahagian lengan, dada serta lebam-lebam di beberapa bahagian badannya.

Dirinya yang bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa menambah, motornya mengalami kerosakan yang teruk dan kini terpaksa berehat seketika di rumah sementara menunggu motornya siap dibaiki.

“Motor dah masuk air dan ‘overhaul’ jadi saya berehat di rumah dahulu sebab saya pula kerja sepenuh masa sebagai FoodPanda, so saya pun takde kenderaan lain nak buat kerja tu.

“Motor saya dah hantar ke bengkel, cuma bengkel belum boleh buat lagi. Bila siap pun saya tak tahu lagi sebab bengkel pun tiada belum bagi kata putus” ujarnya.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Bukan senang nak jadi ‘rider’, selalu kena marah

Nazreen yang berasal dari Kampung Bakar Batu, Melaka sempat mengingatkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan memanjatkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk dan masih diberi kesempatan untuk hidup.

“Kadang-kadang pemandu lain banyak salahkan ‘rider’, dekat komen pun banyak salahkan kami cakap kami langgar lampu isyarat dan sebagainya tapi tak semua ‘rider’ macamtu.

“Kepada pemandu-pemandu diluar sana, saya nasihatkan supaya lebih berhati-hati sebab atas jalan raya ni bukan kita sahaja, ada yang naik motor, ada yang naik basikal,” ujarnya.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here