[VIDEO] ‘Boroi’ selepas bersara, ini 5 bintang Liga Perdana Inggeris

0
351

MENJADI bintang bola sepak semestinya perlu mempunyai disiplin serta komitmen yang tinggi lebih-lebih lagi dalam menjaga pemakanan yang sihat, serta diet yang ketat bagi memastikan kecergasan mereka berada pada tahap tertinggi.

Tidak hairanlah apabila perjalanan karier bagi bintang bola sepak ini berakhir, sebahagian daripada mereka sudah tidak menjaga disiplin dalam pemakanan mereka sehingga yang bertubuh tegap dan berotot, menjadi boroi.

Nama bekas bintang Arsenal dan Manchester City, Samir Nasri meniti di bibir peminat-peminat bola sepak minggu ini apabila tampil semakin berisi ketika bermain bersama ‘Legends of Marseille’ dalam satu perlawanan amal menentang UNICEF di Stade Velodrome.

Bintang yang berusia 34 tahun itu bersara sejak beberapa minggu lalu dan tidak membazir masa untuk melepaskan gian memandangkan sudah tidak perlu memikirkan dispilin diet sehingga peminat-peminatnya tidak percaya dengan perubahan badan Samir.

Samir Nasri bukanlah satu-satunya bintang bola sepak yang tidak dapat mengekalkan bentuk badan sewaktu zaman kegemilangan mereka selepas menggantung but masing-masing.

  1. Diego Tristan
    Bekas penyerang kelab Mallorca, Deportivo dan WestHam yang pernah memenangi Anugerah ‘But Emas’ ini mengejutkan orang ramai apabila tampil agak berisi ketika mewakili pasukan veteran di kampung halamannya, La Algaba pada tahun 2016.

Diego bersara dari dunia bola sepak sekitar tahun 2010 dan dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik di Eropah ketika zaman kegemilangannya.

Dieg Tristan
  1. Neil Ruddock
    Berat badan bekas bintang Liverpool, Westham dan Southampton berganda daripada 79kg kepada 159kg apabila mempunyai tabiat untuk memakan makanan ringan setelah menamatkan kariernya.

Bagaimanapun, Neil menyertai satu rancangan televisyen, Harry’s Heroes pada tahun 2019 dan 2020 sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9 kg setelah diberitahu dirinya akan bertemu ajal bila-bila masa sahaja ketika melakukan rakaman.

Neil akui, setelah menjalani latihan bola sepak selama 30 tahun, ia cukup mudah untuk dirinya bermalas-malasan di rumah setelah dirinya berhenti bermain bola sepak.

Neil Ruddock
  1. Mido
    Sebelum Mido menggantung butnya lagi, dirinya sudah menjadi ejekan peminat terhadap fizikalnya yang besar ketika berada dalam Liga Perdana selama tujuh tahun.

Setalah bersara pada tahun 2013, berat badan bekas penyerang ini semakin bertambah apabila perutnya yang boroi menangkap perhatian para peminat.

Bagaimanapun, Mido yang dilihat mempunyai berat badan berlebihan di dalam satu gambar pada tahun 2018, berjaya menurunkan berat badan kepada berat yang ideal dengan bantuan seorang jurulatih, Aly Mazhar.

Mido
  1. Jan Molby
    Bekas pemain Liverpool ini juga merupakan salah seorang bintang bola sepak yang bergelut untuk mengekalkan fizikal yang tegap sepanjang kariernya dalam arena berkenaan dan tidak banyak perubahan biarpun setelah dirinya bersara.

Malah, pengurusnya di Liverpool, Graeme Souness mengakui bahawa Molby ialah satu-satunya pemain yang mampu menaikkan berat badan biarpun dalam musim perlawanan.

Pemain yang berasal dari Denmark ini terus menikmati kehidupan selepas persaraannya dan tampil berisi ketika bermain dalam perlawanan amal bersama Liverpool pada tahun 2013.

Jan Molby
  1. Davor Suker
    Bentuk badan pemain dari Croatia ini kelihatan agak baik baru-baru ini, namun tiga tahun lalu, Suker tampil berbadan gempal ketika perlawanan Lagenda antara Arsenal dan Real Madrid.

Suker yang turut bermain dengan kelab West Ham, bersara dari arena bola sepak pada tahun 2003.

Davor Suker

Pemain lagenda yang pernah memenangi Anugerah Kasut Emas Piala Dunia itu kini memiliki sekolah bola sepaknya sendiri di Zagreb dan di beberapa bandar yang lain di Croatia.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here