Hadi kelihatan sihat, bersemangat teruskan perjuangan – Hamzah

0
404

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, bersama-sama Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menziarahi Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Hamzah menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi beliau sekitar jam 2 petang tadi.

Turut hadir ialah, dua Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, serta Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menerusi hantaran itu, Hamzah memaklumkan bahawa Abdul Hadi menjawab dirinya sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk ‘berjuang’ ketika ditanya mengenai keadaan diri beliau.

“Cantik jawapan beliau bila ditanya sihat ke Tok Guru?

“Mana boleh tak sihat, kitakan nak berjuang, katanya. Alhamdulillah, begitu bersemangat Tok Guru. Beliau juga nampak sihat.” tulis Hamzah pada kapsyen hantaran tersebut.

Pada 24 September lalu, Bersatu dilaporkan optimis PAS akan terus mengukuhkan hubungan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) terutama bagi menghadapi PIlihan Raya Umum Ke-15.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini pucuk pimpinan PAS dan ahli tertinggi parti itu tetap memberi sokongan kepada PN dengan menyertai mesyuarat gabungan itu–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here