PRN Melaka: PAS jadi orang tengah damaikan UMNO, Bersatu

0
433

PAS bersedia menjadi orang tengah untuk mendamaikan kemelut antara Bersatu dan UMNO supaya kedua-dua parti tidak bertanding berasingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya diadakan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu mahu PRN Melaka menjadi model kepada perpaduan orang Melayu sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik yang dapat melonjakkan ekonomi negara selain mengikis sifat kebencian rakyat terhadap ahli politik yang cenderung berpecah belah.

“Tiada satu ayat pun dalam al-Quran dan hadis membenarkan umat Islam bercakaran sesama sendiri kerana ia boleh melemah serta menghancurkan umat Islam,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke Tapak Asuhan Ikan SB Aqua Marine and Construction Sdn Bhd di Kampung Tok Kederat, Pulau Kambing di Bachok hari ini.

Nik Muhammad Zawawi, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, berkata langkah diambil PAS itu juga bersesuaian dengan kehendak Islam yang mahukan umatnya bersatu padu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here