9,890 kes positif hari ini

0
276

JUMLAH jangkitan baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 9,890, menjadikan jumlah terkumpul individu yang dijangkiti virus COVID-19 mencecah 2,313,727 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hanya Labuan tidak mencatatkan pertambahan kes, manakala tiga negeri melaporkan kes harian empat angka.

Katanya, Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 1,413 kes, diikuti Selangor (1,402), Kelantan (1,032), Johor (993), Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721) dan Terengganu (699).

Beliau berkata, turut mencatatkan kes baharu ialah Pahang dengan 564 kes baahru, Kedah (503), Melaka (260), Perlis (200), dan Putrajaya (59). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here