[VIDEO] Anak Sharifah Shahirah – Ijoy, lukis watak 067 Squid Game atas karpet

0
1057

KEGILAAN terhadap siri drama Korea Squid Game yang telah ditayangkan di platform penstriman Netflix telah pun mencipta fenomena sekaligus tular di serata media sosial.

Fenomena Squid Game juga telah menyerlahkan bakat anak kepada pasangan pelakon, Sharifah Shahirah dan Ijoy Azhari iaitu Airra yang berjaya mencuri tumpuan netizen apabila menghasilkan sebuah lukisan watak pemain nombor 067 di atas karpet bilik tidurnya.

Menerusi video berdurasi seminit 22 saat, dapat disaksikan Sharifah Shahirah yang sangat terkejut sebaik sahaja melihat lukisan watak Kang Sae Byeok di atas karpet bilik tidur anaknya. 

Menurut Sharifah Shahirah, Airra sangat berbakat terutama dalam bidang melukis. Namun, dia tidak menyangka bakat tersebut boleh diserlahkan di atas karpet. 

Sharifah Shahirah juga sempat menyatakan bahawa dia hanya mampu melukis orang lidi sahaja di atas karpet.

Di samping itu, rata-rata netizen turut memberi pujian buat Airra atas bakatnya yang mampu  melukis sebaik itu.

Tidak ketinggalan juga, para selebriti yang mengenali Sharifah Shahirah turut meninggalkan komen memuji anaknya.

Sebelum ini, Squid Game telah berada di Perancis sebagai promosi untuk menarik peminat di Eropah.

Bermula Sabtu hingga Ahad, ‘Squid Game’ akan berada di sebuah kafe di Paris bagi memberi peluang kepada pengunjung bergambar dengan kakitangan yang berpakaian berwarna merah seperti pengawal yang ada di dalam rancangan itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here