PH dakwa Ali Rustam terburu-buru bubar DUN Melaka

0
258

PAKATAN Harapan (PH) mendakwa, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, bertindak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata sepatutnya Mohd Ali mendengar pandangan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta empat yang tidak menyokong kerajaan, sebelum membuat sebarang pertimbangan mengenai perkara itu.

“PH negeri berpandangan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sudah tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti dan tidak wajar menasihati Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14.

“TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka juga sewajarnya tidak bertindak terburu-buru membubarkan DUN sebelum mendengar pandangan majoriti ADUN yang tidak lagi bersama dengan pihak kerajaan,” katanya pada sidang medianya, di Bukit Katil di sini sebentar tadi.

DUN Melaka dibubarkan selepas empat Adun termasuk dua daripada UMNO menarik sokongan kepada Sulaiman selepas hilang kepercayaan dan meletak jawatan pada 4 Oktober 2021. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here