Sheriff Tiraspol, pasukan bola sepak ‘tanpa negara’ kejutkan dunia. Ini fakta menarik …

0
1413

SELAMA dua minggu kelab bola sepak yang dianggap kerdil masyarakat dunia buat kejutan. Minggu lalu pasukan dari Moldova (berdasarkan status UEFA) menewaskan Shakhtar Donetsk dari Ukraine 2 – 0.

Minggu ini menewaskan juara 13 kali Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid. Lebih manis kejayaan pasukan hanya mempunyai pengikut di Facebook sebanyak lebih 73,000 pengikut, dilakar di laman lawan, Stadium Bernabeu. Untuk rekod JDT mempunyai lebih 2 juta pengikut Facebook, Selangor lebih 300,000 Facebook.

MERAIKAN kemenangan ke atas Real Madrid.

Kedua-dua kemenangan itu membuka mata peminat bola sepak untuk mengetahui pasukan yang kerap dilabelkan pasukan bola sepak ‘tanpa negara’

KEMENANGAN ke atas Shaktar Donetsk

Ditubuhkan pada 1997, Sheriff Tiraspol, berpusat di sebuah wilayah bernama Tiraspol di Moldova. Nama Sheriff pula diambil daripada nama sebuah syarikat keselematan di wilayah tersebut.

Bagaimanapun kerana geo politik timbul isu pertikaian wilayah, Tiraspol tidak mengiktiraf Moldova sebagai negara dan menubuhkan wilayah sendiri bernama Transnistria. Bagaimanapun sehingga kini wilayah Transnistria masih belum diiktiraf dunia.

Sehingga kini pengiktirafan yang sah oleh masyarakat antarabangsa bahawa Transnistria adalah sebahagian Moldova dan UEFA menggunakan status itu untuk melayakkan Sheriff yang juga juara Liga Moldova bertanding di kejuaraan Eropah.

Musim ini kali keempat Sheriff Tiraspol bersaing di Liga Juara-Juara Eropah sebagai sebuah pasukan tanpa negara rasmi. Pada musim pertama 2010-11, Sheriff gagal melepasi pusingan kelayakan, namun pada 2013-14 dan 2017-18 pasukan tersebut bermain di peringkat kumpulan dan menduduki tangga ketiga.

Tahun ini Sheriff menduduki tangga teratas Kumpulan D dengan enam mata dalam kumpulan yang turut menempatkan gergasi Itali, Inter Milan.

The New York Times pernah menulis tentang pasukan ini dan menyifatkan, walaupun, pasukan itu dianggap kerdil oleh dunia, namun hakikat sebenar Sheriff Tiraspol ‘bukan kecik-kecik anak’ pasukan.

Pasukan ini tidak layak diangap ‘underdog’. Pasukan ini telah menjuarai 19 daripada 21 musim kejuaraan Liga Moldova sepanjang tempoh 21 tahun lalu.

STADIUM serba canggih milik Sheriff Tiraspol

Sheriff Tiraspol bermain di stadium canggih bernilai lebih 200 juta USD ketika pasukan lawan lain dalam liga sama bermain di padang usang dikelilingi kawasan terbiar.

Pasukan ini dipenuhi pemain import dari Afrika, Amerika Selatan dan Eropah Timur, ketika pasukan lain tidak mampu melakukannya. Dan sudah tentu rahsia kekuatan sumber kewangan pasukan ini terletak pada namanya.

JENAMA Sheriff sudah sebati dengan warga Tiraspol.

Sheriff adalah sebuah konglomerat di Tiraspol yang ditubuhkan oleh dua ejen KGB selepas kejatuhan Soviet Union dan perang saudara Transnistria dengan Moldova. Jenama Sheriff sudah sebati di Tiraspoli daripada pasar raya sehingga ke stesen minyak.

Mungkinkah Sheriff Tiraspol akan terus membuat kejutan dalam penampilan akan datang?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here