Undang-undang Anti-Lompat Parti, Undi 18 akan dibentang di Parlimen

0
267

RANG Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen selepas Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dan komited untuk melaksanakan transformasi dalam pentadbiran kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkata, trasformasi tersebut dibuat untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Selain itu kata beliau, Undi18 dalam tempoh terdekat juga akan dilaksanakan dan satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju dan komited untuk melaksanakan transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan bagi mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid–19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Pada masa yang sama, kerajaan komited untuk memperkenal lebih banyak transformasi dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here