[VIDEO] Panduan membawa pesakit Covid-19 ke hospital menggunakan kenderaan sendiri

0
691

MESKIPUN trend menunjukkan kes Covid-19 semakin menurun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap mengingatkan semua pihak untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara lain, KKM turut berkongsi panduan untuk mereka yang mahu membawa pesakit Covid-19 ke hospital menggunakan kenderaan sendiri seperti mana yang diterangkan oleh Dr. Hana Hadrazmi dalam video berdurasi hampir 1 minit di laman Facebook kementerian.

Berikut adalah panduan yang dikongsikan oleh Dr. Hana –

  1. Pemandu perlu memakai PPE yang asas iaitu perlindungan sendiri.

– Pelitup muka yang sebaiknya ialah N95.

– Face shield dan sarung tangan.

– Jika anda ada apron plastik, ianya lebih digalakkan untuk dipakai kepada tubuh

– Manakala pesakit yang dibawa tidak perlu memakai PPE, cukup hanya memakai pelitup muka    3-ply yang biasa.

  1. Amalkan penjarakan fizikal

– Pesakit mestilah duduk di belakang dan berlawanan dengan pemandu untuk menjaga    penjarakan fizikal

– Pastikan jarak anda dan pesakit sejauh mungkin.

– Pesakit mestilah duduk di belakang dan berlawanan dengan pemandu untuk menjaga      penjarakan fizikal.

  1. Mengingatkan supaya mengelakkan penggunaan penghawa dingin dan buka tingkap.

– Dengan membuka tingkap kereta semasa bergerak, anda boleh menurunkan transmisi virus    lebih daripada 50 peratus.

– Jika anda memandu dengan perlahan, anda boleh membuka semua tingkap, namun jika anda    tidak boleh membuka tingkap disebabkan hujan, anda boleh membuka tingkap sekurang                       kurangnya separuh.

– Pastikan tingkap diturunkan secara diagonal berlawanan dengan tempat duduk penumpang

  1. Mandi dan bersihkan diri setelah pulang ke rumah dan jangan lupa untuk mengelap seluruh permukaan kereta dan nyahkumankan kereta. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here