Senarai penuh anggota Kabinet

0
481

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan pembentukan barisan Kabinet baharu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri dalam ucapan Pembentukan Kabinet berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, Kabinet ini akan menekankan budaya kerja berprestasi tinggi yang memerlukan perancangan jangka masa pendek dan panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

Sehubungan itu, setiap menteri mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Ismail melantik empat menteri kanan dan tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan.

Tambahnya, Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin depan.

Berikut senarai kabinet baharu:


Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri): Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan (Pertahanan): Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Menteri Kewangan: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II: Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan (Kerja Raya): Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri : Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan (Pendidikan): Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II: Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas): Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri : Datuk Mastura Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang): Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Senator Idris Ahmad
Timbalan Menteri : Datuk Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri : Dato’ Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Timbalan Menteri : Datuk Haji Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri : Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri : Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi: Dato’ Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri : Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II : Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan: Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I : Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II : Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Seri Mahadzir Khalid
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II : Datuk Haji Hasbi Habibollah

Menteri Luar Negeri: Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Haji Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri : Dato’ Rosol Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia: Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa
Timbalan Menteri : Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri : Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri : Datuk Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Tan Sri Noh Omar
Timbalan Menteri : Tuan Muslimin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Dr Hajah Zuraidah Kamaruddin
Timbalan Menteri I : Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II : Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri : Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara: Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri : Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan: Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri : Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here