Saya akan pikul amanah ini sebaiknya – Hishammuddin

0
345

DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein kembali semula ke Kementerian Pertahanan buat kali kedua, dalam dua kerajaan berbeza.

Selepas diumumkan sebagai Menteri Kanan Pertahanan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi, Hishammuddin terus melaungkan janji akan memikul amanah dengan sebaiknya.

Ahli Parlimen Sembrong ini mengucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri di atas kepercayaan yang diberikan untuk kembali menerajui kementerian pertahanan.

Berdasarkan pengalaman yang ada sebelum ini, Hishammuddin mengakui turut berbangga dan berbesar hati dapat berkhidmat demi warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sentiasa bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga ATM yang sangat besar jasanya kepada negara.

“Insya-Allah, saya akan berikan yang terbaik. Saya akan memikul amanah ini sebaiknya,” katanya dalam ciapan di Twitter miliknya hari ini.

Sebelum ini, beliau pernah menerajui Kementerian Pertahanan antara tahun 2013 hingga 2018 semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan dilantik sebagai Menteri Kanan Luar (Kluster Keselamatan) ketika era kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketika mengumumkan senarai Kabinet, Ismail Sabri mengekalkan empat menteri kanan dan tiada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau mengekalkan empat Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Hishammuddin, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Dr. Radzi Md. Jidin.

Azmin kekal dengan portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Fadillah (Kerja Raya) dan Dr Radzi (Pendidikan). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here