Episod malang PH berterusan – Tony Pua

0
293

TIDAK sampai sejam selepas pengesahan Istana Negara mengenai pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan, ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua terus melancarkan serangan terhadap pemimpin pembangkang berhubung cara mereka menangani krisis politik.

Rasa kesal beliau kepada kepimpinan tertinggi pembangkang dapat dilihat menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebooknya.

“Ditumbangkan sebagai kerajaan pada Februari 2020 sudah teruk. Tetapi mainkan peranan utama dalam mengembalikan kuasa kepada UMNO? Sangat malang,” ujarnya.

Pua merujuk kepada peristiwa kejatuhan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan menjadi kerajaan tahun lalu.

Sebelum ini Pua dengan lantang mengkritik keputusan kepimpinan tertinggi PH mengendalikan kemelut politik khususnya apabila terlalu awal menolak tawaran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan kerjasama rentas parti.

Pua dan rakannya dari DAP, Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming adalah dua ahli Parlimen daripada pembangkang yang secara terbuka menggesa pemimpin gabungan PH untuk mempertimbangkan tawaran Muhyiddin, mengatakan ia bagi mengelak kumpulan “kleptokrat” kembali ke tampuk kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here