Dakwaan sokongan PN kepada Ismail Sabri tidak sah tidak masuk akal – Ali Biju

PH tidak faham Perlembagaan

0
330

DAKWAAN pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan sokongan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Nasional (PN) kepada Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak sah merupakan satu tuduhan yang tidak masuk akal.

Tuduhan itu menurut Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju, jelas menunjukkan ketidakfahaman mereka kepada Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga mengatakan, dengan mengatakan sokongan PN tidak sah kerana ianya bersyarat juga menunjukkan pimpinan PH kini amat terdesak mencari sokongan untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut Ali Biju, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya menetapkan untuk sokongan PN, Ismail Sbari perlu memastilan kerajaannya bersih; menjaga kuasa dan kebebasan badan perundangan dan mempertahankan institusi raja berpelembagaan.

“Tidak masuk akal untuk mengatakan apa yang diminta Muhyiddin salah dan menjadikan sokongan PN kepada Ismail Sabri tidak sah kerana mana-mana kerajaan yang akan ditubuhkan perlu melakukan apa yang bekas Perdana Menteri katakan.

“Tiada orang mahupun Ahli Parlimen atau parti politik yang waras akan menolak perkara ini,” jelas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Selanjutnya beliau menjelaskan, dakwaan para pemimpin PH juga salah kerana surat akuan bersumpah yang diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong telah mengatakan sokongan mereka tidak bersyarat dan diserahkan sendiri kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Semalam, dua pemimpin kanan pakatan harapan iaitu Mahfuz Omar dan Hanipa Maidin bersama peguam, Ambiga Sreenevasan dilaporkan media tempatan menuduh sokongan PN kepada Ismail Sabri sebagai tidak sah kerana bersyarat seperti yang diumumkan Muhyiddin. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here