[VIDEO] Speaker tiada kuasa tentukan majoriti PM seperti yang dikatakan Anwar

0
703

KRITIKAN daripada Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang didakwa gagal untuk memaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dia telah hilang majoriti disanggah oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju.

Memetik laporan The Vibes semalam, Anwar membangkitkan persoalan samada Azhar cuba untuk menutup kelemahan kerajaan yang telah kehilangan majoriti.

Anwar turut menyatakan bahawa Azhar tidak layak untuk memegang jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat apabila dikatakan gagal memaklumkan kepada Muhyiddin bahawa beliau telah hilang majoriti setelah beberapa ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya.

Sehubungan itu, Ali menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Speaker Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk memberitahu Perdana Menteri mengenai samada dia masih mempunyai majoriti.

“Berdasarkan Artikel 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, akhirnya perdana menteri yang memutuskan apakah dia mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

“Sekiranya speaker memberitahu PM secara rasmi tentang apakah dia memiliki majoriti, speaker akan bertindak di luar bidang kuasa dan kekuasaannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempersoalkan apakah Anwar sengaja membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

“Sangat memalukan apabila pemimpin pembangkang, yang telah menjadi anggota parlimen selama beberapa dekad, sama sekali tidak tahu fakta ini atau lebih teruk lagi, dia sedar sepenuhnyatapi sengaja mengelirukan orang ramai untuk melancarkan serangan hebat terhadap speaker dan institusi Parlimen,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ali mengecam tindakan pemimpin pembangkang itu kerana bercita –cita untuk menjadi Perdana Menteri dan menyifatkan serangan Anwar terhadap Speaker Dewan Rakyat sebagai berniat jahat.

Ali turut mengingatkan Anwar agar menunggu usul percaya yang akan dibentangkan 7 September ini sepertimana yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri dalam satu perutusan khas 4 Ogos lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here