Jajaran baharu UMNO ke arah Anwar dan DAP – Ahmad Faizal

0
326

TINDAKAN beberapa pimpinan tertinggi UMNO yang menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan pakatan harapan dilihat sebagai membina gerakan kepada satu jajaran baharu.

Menurut Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tindakan yang boleh menjatuhkan kerajaan diketuai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu juga menimbulkan persoalan dengan siapa jajaran baharu itu akan dibina.

Beliau mendakwa, tidak lain dan tidak bukan, jajaran baharu itu tentu sekali akan dibina bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP.

“Secara peribadi saya agak kecewa dengan tindakan mereka menarik sokongan terhadap kerajaan Pakatan Nasional (PN).

“Tindakan itu tentu sekali ke arah satu jajaran baru yang tentu sekali akan menghala kepada Anwar dan DAP,” kata beliau dalam satu temubual bersama Satu Berita.

Ahli Parlimen Tambun itu dalam masa sama menjelaskan bahawa pandangan yang mengatakan kerajaan PN telah tumbang hanyalah satu persepsi.

Ini kerana walaupun berlaku penarikan sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO, tidak semestinya apabila Parlimen dibuka pada 6 September depan Perdana menteri tidak mendapat sokongan daripada 111 wakil rakyat di dalam dewan.

Ahmad Faizal menjelaskan, isu sama ada Kerajaan PN mendapat sokongan ataupun tidak hanya akan boleh ditentukan semasa pengundian usul percaya terhadap Perdana Menteri dijalankan di Parlimen. – SB ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here