Speaker Dewan Rakyat nafi keluar surat kerajaan hilang majoriti kepada PM

0
451

SPEAKER Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah hilang majoriti.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azhar berkata, laporan sebuah portal yang mengatakan beliau berbuat demikian adalah tidak benar dan berita itu adalah palsu.

“Saya merujuk kepada berita portal Suara.TV yang melaporkan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan Perdana Menteri bahawa Kerajaan sudah tiada majoriti,” katanya.

Selain menafikan laporan berita itu, beliau juga menegaskan tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here