Tindakan tegas palsukan sijil digital vaksin

0
605

TINDAKAN tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang memalsukan dokumen vaksinasi, termasuklah sijil digital aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata bahagian penguatkuasaan memandang serius sebarang perbuatan seumpama itu, memandangkan kebimbangan pelbagai pihak terhadap sijil itu yang boleh dipalsukan dengan pelbagai cara.

“Orang yang nak menipu, mesti dia ada banyak cara untuk berbuat demikian dan cuba memalsukan dokumen atau sijil vaksin ini.

“Bagaimanapun saya yakin pihak MySejahtera serius menangani perkara ini dan pihak penguatkuasaan KKM akan mengambil tindakan keras terhadap pihak atau individu yang berbuat demikian,” katanya selepas program Vaksinasi Berpusat Warga dan Sokongan di SMK Abu Bakar Al-Baqir di Sungai Gedong, Perak, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya akan membawa perkara itu ke dalam mesyuarat khas KKM bagi membincangkan kaedah atau cara yang boleh memantapkan dan mengesan kesahihan sijil vaksinasi.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) rentas negeri dan daerah kepada individu yang sudah lengkap vaksin di negeri Fasa 2.

Untuk merentas negeri atau daerah, individu tersebut perlu menunjukkan sijil Vaksinasi COVID-19 secara digital menerusi applikasi My Sejahtera di telefon bimbit atau bercetak. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here