14 ekor gajah pengembara pulang ke habitat asal selepas 110 hari

0
351

SELEPAS mengembara selama 110 ke Wilayah Yunnan, sekumpulan 14 ekor gajah liar akhirnya kembali ke habibat asal mereka di Pu’er, China.

Kawanan gajah liar Asia itu dilihat mengembara dengan menyeberangi Sungai Yuanjiang di wilayah Yunnan, Bandar Yuxi, Yuanjiang pada Ahad malam (8 Ogos).

Menurut laporan US NEWS, rakaman yang dibuat pada Ahad lepas oleh CGTN.Com menunjukkan kesemua 14 ekor gajah itu menyeberangi Sungai Yuan selepas mengembara sejauh 1,300 kilometer (km) melalui tiga bandar dan lapan wilayah sejak 16 April.

Sejak April lalu, haiwan besar itu telah melakukan perjalanan sejauh 500 km ke arah utara dan dipantau oleh pihak berkuasa dengan beratus-ratus petugas dikerah untuk memastikan keselamatan orang awam.

Setakat 8 Ogos, lebih 25,000 anggota polis dan petugas dikerah untuk memantau pergerakan kawanan gajah itu, selain menggunakan 973 dron serta menempatkan 15,000 kenderaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Susulan daripada itu, tiada kes kematian atau kecederaan yang dilaporkan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 150,000 penduduk telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat, anakala sebanyak 180 tan makanan telah disediakan kepada kumpulan gajah liar terbabit.

Selain itu, 13 pakar dari Pusat Penyelidikan Gajah Asia Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara; Institut Zoologi Kunming, Universiti Yunnan; Universiti Perhutanan Beijing dan jabatan lain turut memberikan panduan saintifik serta sokongan teknikal sepanjang pengembaraan gajah berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan akan mendokumentasikan pengalaman mengendalikan keadaan itu untuk rujukan di masa depan. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here