Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MCA sokong PN selari keputusan BN -

MCA sokong PN selari keputusan BN

MCA mengambil keputusan melaksanakan ketetapan Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Kerajaan Perikatan (PN) hingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

MCA dalam kenyataan berkata, tindakan menjatuhkan kerajaan PN akan mengheret negara ke dalam krisis politik tidak berkesudahan dan pasti akan memudaratkan rakyat.

“Ini adalah pendirian BN dari tahun lalu dan MCA mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankannya. MCA adalah parti komponen BN dan telah mengulangi ketetapan bersama BN pada perhimpunan agung, pada tahun ini.

“MCA juga berpendapat, keputusan Perdana Menteri mengusulkan undi percaya terhadap dirinya yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, September ini, adalah langkah tepat berdasarkan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“Pada masa sama, kita sedang berdepan pandemik COVID-19 dan keadaan ekonomi kian merundum serta kestabilan politik adalah penting dalam melindungi nyawa dan kehidupan rakyat,” kata kenyataan itu.

KENYATAAN akhbar yang dikeluarkan Biro Politik MCA berhubung sokongan parti itu kepada Perikatan Nasional.

Kenyataan itu mengulas ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kelmarin, yang sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata UMNO memilih mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak mempertahankan kerajaan PN yang didakwanya gagal di mata rakyat, selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Sementara itu, MCA juga berpandangan, sudah tiba masa untuk kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat, memandangkan program vaksinasi sudah berjaya dilaksanakan dengan pantas kebelakangan ini.

“Program vaksinasi juga dilihat semakin berjaya mencapai matlamat disasarkan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sekarang agak kurang berkesan untuk mengurangkan jumlah kes jangkitan.

“PKP berterusan ini akan terus meningkatkan kesengsaraan rakyat yang berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki. Vaksinasi rakyat secara menyeluruh adalah jalan terbaik bagi negara sekarang ini,” katanya.