Pelajar terima surat tuntutan fitnah, ganti rugi RM 1 juta.

0
497

SEORANG pelajar sekolah menengah yang sebelum ini menjadi sebutan warga maya setelah mendedahkan tindakan seorang gurunya menggunakan isu gangguan seksual dan jenayah rogol sebagai satu jenaka memaklumkan dia menerima surat tuntutan fitnah daripada mahkamah.

Ain Husniza Saiful Nizam memaklumkan perkara tersebut melalui satu hantaran di akaun Twitter peribadinya pada petang Rabu.

Menerusi ciapan tersebut, Ain Husniza menyatakan isi surat tersebut adalah termasuk dia diberikan tujuh hari untuk semua tuntutan pernyataan-pernyataan fitnah di samping tuntutan untuk membayar ganti rugi sehingga RM 1,000,000.

“Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas pernyataan-pernyataan fitnah, dalam surat ini saya diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini antaranya membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.

“Minta semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” ciapnya.

Sehubungan itu, bapa kepada pelajar berkenaan, Saiful Nizam Ab. Wahab mengesahkan menerima surat tuntutan tersebut daripada Tetuan Rasshidi Ema dan Yung menerusi satu hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, pihaknya bertegas untuk tidak memberi sebarang komen mengenai surat tuntutan tersebut atas nasihat daripada peguam mereka.

“Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, difahamkan bahawa notis tuntutan ini adalah dari guru sekolah lama Ain Husniza.

Pada 24 April lalu, video Ain Husniza mendedahkan salah seorang guru subjek pendidikan jasmani dan kesihatan menggunakan lawak lucah semasa mengajar tular dan mencetuskan kemarahan pelbagai pihak di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here