Pemberian vaksin melebihi 22 juta dos – Adham Baba

0
433

SEBANYAK 22,152,367 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga 3 Ogos 2021.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, memaklumkan bahawa daripada jumlah itu, seramai 14,711,532 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,440,835 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 45 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 22.8 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Manakala, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 483,368 dos diberikan semalam dengan 240,394 adalah pemberian dos pertama dan 242,974 merupakan dos kedua. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here