[VIDEO] Cara tanam pokok kantan yang subur, banyak bunga – Pekebun Kantan

0
1722

BUNGA kantan bukan sahaja sering digunakan sebagai bahan masakan untuk menyediakan laksa, asam pedas mahu pun kerabu. 

Dalam kata lain, bunga kantan ini menjadi “bahan penyedap” dalam masakan kerana ia menambahkan aroma dan rasa masakan tersebut.

Pokok kantan merupakan sejenis pokok saka herba jenis tinggi yang boleh tumbuh merimbun, berkelompok dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga kira-kira empat ke lima meter.

Namun, terdapat beberapa tips penjagaan pokok kantan dengan betul yang telah dikongsikan oleh seorang pekebun kantan, Sadam Arrfain menerusi Facebook.Bunga kantan ini bermula dari rhizome dan cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.

  1. Bunga kantan ini bermula dari rhizome dan cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
  2. Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakkan kerana tumbesaran pokok tidak memberangsangkan.
  3. Rhizome yang telah dicantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan, sebaik baiknya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
  4. Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
  5. Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
  6. Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
  7. Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
  8. Dalam tempoh 4-6 bulan, pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
  9. Apabila pokok sudah berusia 1 tahun, ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan akar.
  10. Dalam tempoh 2 tahun, pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki, waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
  11. Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan, berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh di celahan batang pokok kantan. 
  12. Satu batang pokok kantan matang boleh menghasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
  13. Apabila sudah hari ke 4-7 hari, bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang, bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
  14. Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual, biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.

Menurut perkongsian Sadam, penjagaannya pula adalah mudah, kerana ia sukar untuk diserang penyakit atau makhluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh makhluk perosak, hanya perlu berwaspada dengan serangan kulat dalam tanah.

Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah dipotong dari pangkalnya untuk menggalakkan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik.

Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.

Daun-daun kering pula boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here