HTAR nafi dakwaan pesakit duduk di atas lantai, kadbod

0
469

TIADA pesakit dibiarkan duduk di atas lantai atau kadbod di kawasan sekitar Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) seperti tular baru-baru ini.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, siasatan pihaknya mendapati dakwaan tersebut palsu.

“Untuk makluman, sekiranya tiada katil yang mencukupi untuk menampung jumlah mereka, pesakit akan diletakkan di kerusi atau kerusi roda buat sementara waktu,” katanya dalam hantaran Facebook HTAR hari ini.

Jelas Dr Zulkarnain, pesakit COVID-19 yang dipindahkan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma ke wad sementara bertempat di Kompleks Rawatan Harian (ACC) pula berada dalam keadaan selesa kerana dilengkapi penyaman udara.

“Malah, jabatan berkenaan kini sedang menunggu pembukaan hospital lapangan di HTAR dijangka beroperasi dalam beberapa hari lagi bagi menampung jumlah pesakit Covid-19 yang agak ramai,” katanya.

Tambah beliau, pihak hospital sentiasa mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada orang awam untuk penambahbaikan bagi memastikan akses kesihatan dan rawatan yang saksama kepada semua pesakit yang menerima rawatan di HTAR. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here