[VIDEO] Keputusan UMNO tindakan kumpulan ‘terkontang-kanting’

0
469

KEPUTUSAN UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan suara majoriti Ahli-ahli Parlimen daripada parti itu.

Tegas Penganalisis politik, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tindakan tersebut hanya dilakukan oleh 11 ahli Parlimen parti itu yang pada masa kini masih mengharapkan sokongan baharu atau sedang merancang jajaran majoriti baharu.

“UMNO bukan majoriti yang keluar. 11 org ini orang Negeri Sembilan kata, terkontang-kanting, tak ke mana.

“Maknanya mereka mengharap sokongan lain atau ada rancangan lain. Kalau kita ingat Najib dan Zahid pernah tulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong belakang tabir.

“Jadi tak heran kalau ada rancangan buat majoriti baru tetapi setakat mana majoriti baru dengan 11 org ini, ini yang akan ditanyakan,” katanya dalam wawancara yang disiarkan Astro Awani malam tadi.

Beliau mengulas kemelut politik susulan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO menarik sokongan kepada kerajaan PN semalam.

Shamsul yang juga Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyimpulkan situasi politik yang berlaku pada masa ini kerana sikap cuba ‘menangguk di air yang keruh’.

“Kita tahu banyak kritikan kepada kerajaan yang beralih daripada dahulunya kenapa kita perlu ada ordinan Darurat.

“Kemudian bila diadakan, nak dibatalkan tak mahu pulak kerana ceritanya lain, beralih kepada hal agong. Saya rasa ini menangguk di air keruh kerana isu asal berkait soal darurat dah tak jadi soal darurat,” katanya.

Shamsul menambah, beliau yakin kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mampu menyelesaikan krisis politik ini dengan harmoni. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here