Saya masih bertugas seperti biasa – Zahidi

0
310

SAYA masih belum menerima apa-apa makluman dan masih bertugas seperti biasa, demikian tegas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Kita tunggulah dulu, macam-macam lagi. Saya tak tarik sokongan, itu MKT (Majlis Kerja Tertinggi),” katanya seperti dilaporkan Harian Metro malam tadi.

Beliau mengulas kedudukannya selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahidi yang juga ahli MKT UMNO berkata, beliau yakin pembangkang juga tidak akan mempunyai jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Tunggulah dulu, awal lagi,” katanya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya parti itu ujar Ahmad Zahid, memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN dan Perdana Menteri selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here