PAS tegaskan terus sokong Muhyiddin, kerajaan PN

0
243

PAS menegaskan parti itu kekal mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sekarang ini.

Menurutnya, PAS juga memandang serius perkembangan terkini kemelut politik yang sedang berlaku dalam kerajaan sekarang ini dan sebarang pendirian PAS hanya akan dikeluarkan oleh Presiden dan Satiausaha Agung sahaja.

“Ketika ini PAS menegaskan untuk terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak Covid-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang digerakkan oleh kerajaan.

“PAS juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini. Justeri, diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here