14,400 biji telur awet China dirampas di Pulau Pinang

0
202

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 14,400 biji telur awet dari China kerana tidak mempunyai permit import sah.

Menurut Maqis Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kesemua telur bernilai RM21,600 itu dirampas di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), pada jam 4.30 petang, 2 Ogos lalu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena, penguatkuasa jabatan itu menemui sejumlah 150 kotak telur awet tanpa permit import sah berada di dalam kontena terbabit.

“Susulan itu pihak Maqis telah merampas 14,400 biji telur dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana mengimport telur awet tanpa mengemukakan dokumen permit import yang sah,” kata kenyataan pada tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here