[VIDEO] Ucapan Tun M buat Anwar terpinga

0
715

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pada Isnin menyertai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka bagi membantah langkah kerajaan menangguhkan hari terakhir Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya diadakan hari ini.

Bagaimanapun ucapan Dr. Mahathir pada perhimpunan itu mengejutkan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang turut hadir antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Di waktu rakyat menderita akibat wabak ini, sepatutnya kita tumpu kepada masalah rakyat. Tetapi mereka lebih tumpu kepada masalah politik. Nak jadi kerajaan, nak jadi Perdana Menteri. Kalau rakyat mati beribu pun itu tak mengapa yg penting saya jadi Perdana Menteri,” katanya.

Anwar yang berada di sebelah Dr. Mahathir kelihatan terpinga-pinga dengan ucapan tersebut yang seakan-akan menyindir perjuangan politik Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang sehingga kini masih tidak kesampaian.

Sebelum ketibaan Dr. Mahathir, Anwar sedang berucap yang antara lain menegaskan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tumbang dan beliau mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi, satu dakwaan yang serupa dengan dakwaan-dakwaan beliau sebelum ini sedangkan hakikatnya Anwar tidak pernah mempunyai sokongan jumlah ahli Parlimen yang mencukupi.

Lebih mengejutkan pada sebelah petangnya pula, Dr. Mahathir dalam ciapannya di Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional kerana berjaya meningkatkan jumlah suntikan vaksin kepada lebih 500,000 dos sehari.

Beliau berharap jumlah tersebut dapat ditingkatkan lagi kepada 800,000 dos sehari berikutan peningkatan kes baharu sehingga sukar untuk dikuarantin dengan berkesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here