Shamsul Anuar letak jawatan sebagai menteri

0
261

MENTERI Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli jemaah menteri kerajaan.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, keputusan dibuat sebagai patuh dan setia kepada parti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli. Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here