Dhabitah hadapi cabaran final dengan senyuman

0
313

HARAPAN pingat untuk Malaysia masih belum malap dengan kejayaan
penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mara ke pusingan akhir acara 3 meter papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.

Dhabitah, 22, berjaya mara selepas manamatkan saingan separuh akhir di kedudukan keenam daripada 18 penerjun dengan mengumpul 312.60 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Mata yang dikumpul oleh gadis yang sentiasa mempamerkan senyuman selepas setiap terjunan itu merupakan yang terbaik setakat ini berbanding 291.60 mata yang diperolehinya pada aksi kelayakan, semalam.

Pada perebutan pingat esok, Dhabitah bakal bersaing dengan
pemenang pingat emas Rio 2016, Shi Tingmao yang berjaya mengumpul 371.47 mata pada peringkat separuh yang berlangsung hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here