Tahniah Malaysia! Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik! – PM

0
283

KEJAYAAN beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik membawa pulang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 buat Malaysia pada hari mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Mahiaddin dalam hantaran Facebook rasmi beliau turut menyatakan kejayaan mereka menundukkan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza merupakan kemenangan dan sumbangan pingat yang amat diharap serta dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanah air.

Selain itu, beliau turut menyatakan, kemenangan ke atas regu nombor satu duni di persaingan yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu mampu menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada atlet-atlet negara yang lain untuk memburu kilauan pingat seterusnya.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasangan Aaron Chia-Wooi Yik, serta barisan kejurulatihan atas sumbangan pingat sulung buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo ini,”

“Buat pasangan muda kita ini, teruskan usaha dan berjuanglah demi negara. Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda. Tahniah, anda kebanggaan Malaysia!” kata Perdana Menteri.

Ini merupakan kali kedua gandingan negara mengalahkan pasangan itu yang juga merupakan beregu nombor satu dunia dalam temasya olimpik kali ini, selepas pertemuan mereka Khamis lalu.

Dalam persaingan sengit perebutan pingat berkenaan, Aaron Chia-Soh Wooi berjaya menundukkan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here