Tag: Tular
-
Lelaki tular hina Islam ditahan
SEROANG lelaki yang didakwa menghina agama Islam dengan melabelkan Nabi Muhammad, Allah dan Islam dengan perkataan kesat sudah ditahan polis pada Ahad. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari. “Suspek ditangkap di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong oleh pasukan…
-
Tular lelaki hina agama Islam di sosial media
MASIH belum reda isu seorang wanita dan teman lelakinya didakwa di mahkamah kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, timbul satu lagi video menghina Islam yang tular di media sosial, hari ini. Dalam video berdurasi 36 saat itu, seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dengan kata-kata cacian. Lelaki berkenaan…
-
Dakwaan warga emas cabul kanak-kanak disahkan polis tidak benar
POLIS mengesahkan dakwaan terdapat kejadian cabul kanak-kanak perempuan melibatkan seorang warga emas di Taman Semilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang melibatkan warga emas seperti yang tular di media sosial Facebook adalah tidak benar. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima dua laporan yang dibuat suspek sendiri yang menafikan…
-
‘Saya sedar diri, tak pernah ‘pakai’ gelaran ikon permotoran’ – Haqiem Stopa
HAQIEM Stopa atau nama sebenarnya Haqiem Jaafar, 22, yang mencetuskan polemik apabila dikatakan berstatus “mat rempit” dibenarkan masuk ke sekolah, menegaskan tidak pernah menerima atau sama sekali memakai gelaran ikon permotoran negara. Dia yang popular dengan nama Stopa berkata, jolokan ikon itu diberikan secara berseloroh Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal,…
-
Operasi kelab komedi di TTDI digantung sementara
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini susulan satu klip video tular dipercayai menghina agama Islam. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata tindakan itu sebagai mesej jelas bahawa pihaknya dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti…
-
Wanita buka tudung, pakaian depan penonton: Jawi jalankan siasatan awal
JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini. Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi. Beliau berkata, tindakan boleh diambil mengikut di bawah Akta 559 Akta Kesalahan…
-
Pelayan wanita tular berpakaian tidak senonoh ditahan
JABATAN Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menahan seorang pelayan wanita yang berkelakuan dan berpakaian tidak sopan di sebuah premis menjual makanan dan minuman di Setiu, Terengganu pada malam Selasa. Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata wanita berkenaan ditahan di dalam premis miliknya ketika operasi bersama pihak polis serta Majlis Daerah Setiu. “Keterangan telah direkodkan,…
-
[VIDEO] Netizen kecam sekolah jemput Haqiem Stopa
NETIZEN mempersoalkan kewajaran sebuah sekolah di Kuala Lumpur, menjemput personaliti media sosial, Haqiem Stopa untuk memberi motivasi kepada para pelajar di sekolah tersebut. Persoalan itu timbul selepas Haqiem Stopa memuatnaik sebuah video pada Selasa di aplikasi TikTok, berkenaan program berkenaan yang dikatakan berlaku di salah sebuah sekolah di Sungai Besi Kuala Lumpur. Daripada video itu…
-
Lelaki tunggang motorsikal berbogel didakwa terbabit kes bunuh
VIDEO berdurasi 15 saat yang menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel tular dipercayai terlibat dalam satu kes pembunuhan di Kampung Batu Bakar, Johor Bharu. Dalam satu video yang dikongsikan pengguna Facebook Apai Gonzales, kelihatan lelaki tersebut seperti dalam keadaan tidak siuman apabila menunggang dalam keadaan berbogel di sebuah jalan utama tanpa menghiraukan keadaan…
-
Tiga lelaki terlibat rusuh ditahan
TIGA lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rusuhan dan perbuatan khianat terhadap beberapa buah kereta yang diparkir di tepi Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, ibu negara telah ditahan. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata insiden tersebut tular menerusi sebuah video yang dikongsikan menerusi beberapa laman sosial Isnin lalu. “Kesemua suspek yang…