Wanita buka tudung, pakaian depan penonton: Jawi jalankan siasatan awal

0
421

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Beliau berkata, tindakan boleh diambil mengikut di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

“Jika didapati bersalah pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Jawi sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan lebih-ebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini, seperti dilaporkan Kosmo!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here