Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tular lelaki hina agama Islam di sosial media -

Tular lelaki hina agama Islam di sosial media

MASIH belum reda isu seorang wanita dan teman lelakinya didakwa di mahkamah kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, timbul satu lagi video menghina Islam yang tular di media sosial, hari ini.

Dalam video berdurasi 36 saat itu, seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dengan kata-kata cacian.

Lelaki berkenaan juga didakwa mencabar orang Melayu dan Islam supaya bersemuka dengannya.

“Hina Islam, semboyan semua, geng-geng yang berNGO, berslogan. Aku nak korang try dengan aku, jumpa terus bunuh, jangan cakap banyak,” katanya dalam video tersebut, lapor UtusanTV.

Dalam pada itu, dalam satu lagi video susulan berdurasi 27 saat yang tular, lelaki yang sama dilihat berlumuran darah dipercayai dipukul beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Lelaki tersebut turut memuat naik satu lagi video berdurasi 26 saat meminta maaf selepas dipercayai dipukul.

“Aku tak salahkan mereka semua, aku faham. Sebenarnya aku nak tuju mungkin aku tersalah buat, tak sepatutnya aku buat macam tu.

“Aku harap yang dekat luar tu tak buat macam ini lagi,” katanya.

Bagaimanapun setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada polis atau pihak berkuasa berkaitan berhubung kes ini

Sementara itu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri dalam hantaran di media sosial meminta pihak polis supaya bertindak segera mencari lelaki berkenaan.

“Mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) cari sampai dapat makhluk ini.

“Dahsyat sungguh mulut puaka dia ni menghina Rasulullah SAW. Jangan bila dah dikutip baru tunjuk kad sakit mental!,” katanya.