Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
tahan Archives -

Tag: tahan

  • Polis tahan 10 individu disyaki terlibat judi dalam talian

    Polis tahan 10 individu disyaki terlibat judi dalam talian

    POLIS menahan dua lelaki dan lapan wanita berumur lingkungan 20 hingga 30an yang disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian, dalam beberapa serbuan di premis perniagaan sekitar Georgetown, Khamis lepas. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata polis turut merampas pelbagai peralatan digunakan untuk menjalankan kegiatan itu seperti 16 telefon bimbit, 10 unit monitor,…

  • Polis tahan dua lelaki mabuk keluar kata-kata kesat pada anggota polis

    Polis tahan dua lelaki mabuk keluar kata-kata kesat pada anggota polis

    POLIS menahan dua lelaki kerana dipercayai mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Mutiara Rini di Iskandar Puteri, semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pada awalnya orang awam memaklumkan terdapat sebuah kereta yang mencurigakan kerana diletakkan di tengah jalan pada pukul 8.30 pagi. Beliau berkata…

  • Kes samun: Wanita antara empat ditahan

    Kes samun: Wanita antara empat ditahan

    SEORANG wanita antara empat individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes samun yang menyasarkan golongan wanita di sekitar Rawang dan Hulu Selangor pada 13 dan 15 Mei lepas. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kesemua suspek berusia 28 tahun hingga 47 tahun itu, ditahan susulan laporan daripada seorang wanita yang disamun…

  • Polis tahan enam lelaki warga asing dipercayai pecah masuk pejabat

    Polis tahan enam lelaki warga asing dipercayai pecah masuk pejabat

    POLIS menahan enam lelaki warga asing di Metro Prima, Kuala Lumpur Khamis lepas, yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah pejabat dan melarikan sejumlah mata wang asing bernilai RM50,000 di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, awal bulan ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata semua suspek yang berumur dalam lingkungan 31 hingga 41 tahun…

  • Seramai 120 individu ditahan tidak punyai lesen jual bunga api

    Seramai 120 individu ditahan tidak punyai lesen jual bunga api

    SERAMAI 120 individu telah ditahan di seluruh negara kerana melanggar syarat, tidak mempunyai lesen dan menjual bunga api yang tidak dibenarkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3,389,180 bagi tempoh 28 Mac hingga 9 April lalu. Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kesemua kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan…

  • Lelaki disyaki keldai akaun ditahan

    Lelaki disyaki keldai akaun ditahan

    POLIS menahan seorang lelaki kerana dipercayai menjadi “keldai akaun” kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM83,400, dua hari lepas. Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya tepi jalan di Bayan Lepas, di Balik Pulau. “Bertindak hasil maklumat…

  • Sembilan lelaki tempatan ditahan, bergaduh hingga maut di Bangsar

    Sembilan lelaki tempatan ditahan, bergaduh hingga maut di Bangsar

    SEMBILAN lelaki warga tempatan ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan berkumpulan hingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Bangsar Village, Jalan Telawi 2 Bangsar, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kesemua suspek terbabit berumur antara 24 hingga 30 tahun dengan motif kejadian dipercayai berlaku kerana wujud dendam lama antara…

  • Tiga lelaki ditahan pecah amanah RM505,674 babitkan jualan cecair dan peralatan vape

    Tiga lelaki ditahan pecah amanah RM505,674 babitkan jualan cecair dan peralatan vape

    POLIS menahan tiga lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah membabitkan wang hasil jualan produk sebuah syarikat menjual cecair dan peralatan vape yang bernilai RM505,674, di Balik Pulau baru-baru ini. Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan di laman Facebooknya, memaklumkan suspek berusia 22 hingga 25 tahun itu ditahan secara berasingan di Bayan Lepas…

  • Sindiket pecah rumah sasar kondominium, pangsapuri di tiga negeri tumpas

    Sindiket pecah rumah sasar kondominium, pangsapuri di tiga negeri tumpas

    SINDIKET pecah rumah yang menyasarkan kondominium dan pangsapuri di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan dengan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita secara berasingan di luar Melaka pada 14 dan 22 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dua lelaki daripada kesemua suspek berusia 34 hingga 51 tahun itu ditahan…

  • APMM tahan bot tempatan dikendali lima warga Myanmar

    APMM tahan bot tempatan dikendali lima warga Myanmar

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan lima lelaki warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan diri, pada kedudukan 27 batu nautika barat laut Pulau Kendi, Georgetown semalam. Pengarahnya Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya yang sedang menjalankan rondaan, telah mengesan bot nelayan kelas C sedang menangkap…