Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan 10 individu disyaki terlibat judi dalam talian -

Polis tahan 10 individu disyaki terlibat judi dalam talian

POLIS menahan dua lelaki dan lapan wanita berumur lingkungan 20 hingga 30an yang disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian, dalam beberapa serbuan di premis perniagaan sekitar Georgetown, Khamis lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata polis turut merampas pelbagai peralatan digunakan untuk menjalankan kegiatan itu seperti 16 telefon bimbit, 10 unit monitor, 10 unit CPU dan dua unit internet router, dalam serbuan pada pukul 3.30 petang itu, yang dilancarkan hasil risikan.

Beliau berkata siasatan mendapati kesemua mereka ditawarkan lebih RM2,000 untuk menjadi ‘online promoter‘ bagi menjalankan kegiatan perjudian atas talian, namun mereka didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini bergiat aktif secara dalam talian selama 10 bulan yang lepas dan mereka dibayar untuk melakukan aktiviti haram itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Khaw berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1),(a),(b),(c),(g) Akta Rumah Judi terbuka 1953 yang mana jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun dengan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000.

Katanya kesemua mereka telah dirakam percakapan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

— BERNAMA