Tag: Sukan

  • Azeem raih emas acara 100 meter, kemenangan pertama di AS

    Azeem raih emas acara 100 meter, kemenangan pertama di AS

    JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 100 meter (m) pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, awal pagi tadi (3 pagi waktu Malaysia). Pada kejohanan yang berlangsung di Mike Long Track di Tallahassee, Florida, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat…

  • Tidak perlu wujud penderaan mental, fizikal dalam aktiviti sukan – Ketua Srikandi Muda Bersatu

    Tidak perlu wujud penderaan mental, fizikal dalam aktiviti sukan – Ketua Srikandi Muda Bersatu

    AKTIVITI sukan tidak seharusnya ‘disulami’ dengan tindakan keterlaluan seperti penderaan mental dan kekerasan fizikal yang akhirnya mendatangkan kesan toksik kepada atlet yang menyertainya. Peringatan itu disuarakan Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin yang berpendapat tindakan mendisiplinkan secara keterlaluan apatah lagi melibatkan kekerasan fizikal, terutama terhadap kanak-kanak adalah sangat tidak wajar. Tegasnya, tindakan disiplin…

  • Sukan, media sosial senjata PN pikat pengundi muda

    Sukan, media sosial senjata PN pikat pengundi muda

    SUKAN dan media sosial akan menjadi ‘senjata’ Perikatan Nasional (PN) Perlis untuk mendekati kelompok pengundi pertama yang berusia antara 18 hingga 20 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Pemuda PN Perlis, Asrul Aimran Abdul Jalil berkata, gabungan parti itu sejak awal telah membuat persediaan rapi dengan merancang pelbagai program bersasar untuk menarik golongan…

  • Farah Ann ‘kembali’ ke dunia gimnastik

    Farah Ann ‘kembali’ ke dunia gimnastik

    FARAH Ann Abdul Hadi membuat ‘penampilan’ selepas bersara daripada sukan gimnastik apabila muncul sebagai juri di Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022. Olimpian negara yang bersara sebagai atlet pada awal tahun ini, nyata teruja diberikan peluang berkenaan dan secara tidak langsung memberikan ruang kepadanya untuk berbakti kepada sukan kegemarannya itu. “Saya terbabit sebagai juri ini…

  • Perkasa belia, hidupkan industri sukan fokus KBS pada belanjawan 2023

    Perkasa belia, hidupkan industri sukan fokus KBS pada belanjawan 2023

    MEMPERKASA golongan belia dengan program-program pembangunan dan menghidupkan industri sukan, merupakan antara fokus Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Belanjawan 2023. Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan menerusi KBS sentiasa berusaha untuk memastikan masa depan rakyat khususnya belia terjamin. “Belanjawan diputuskan di peringkat Kementerian Kewangan, namun usaha KBS ialah untuk menghidupkan industri sukan, apabila kita membudayakan…

  • ‘Sumpahan’ Birmingham hantui Zii Jia?

    ‘Sumpahan’ Birmingham hantui Zii Jia?

    LAKSANA wau melawan angin dengan apa yang dibuat kurang menjadi atau mendatangkan hasil. Begitulah yang dialami jaguh perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, apabila segala dibuatnya tampak kurang menjadi selepas membuat keputusan menarik diri daripada mewakili negara dalam Sukan Komanwel 2022 Birmingham. Setelah lebih seminggu membuat pengumuman itu atas alasan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di…

  • Kelantan FC tidak kompromi provokasi cetus pergaduhan

    Kelantan FC tidak kompromi provokasi cetus pergaduhan

    KELANTAN FC tidak akan berkompromi sama sekali dengan provokasi yang dicetuskan sekumpulan penyokong di kawasan Stadium Sultan Muhammad IV sehingga menyebabkan pergaduhan ketika aksi Liga Premier membabitkan pasukan itu dengan Perak FC, Rabu lepas. Pemangku Pengurus Operasi The Red Warriors Kelantan FC Mohd Afiq Ab Manaf berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut…

  • Tindakan Zii Jia mengecewakan – Timbalan CDM

    Tindakan Zii Jia mengecewakan – Timbalan CDM

    TERKEJUT dan sangat kecewa.  Begitulah reaksi Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Gerard Monteiro, apabila mengetahui jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada temasya itu. “Saya kecewa kerana ini adalah Sukan Komanwel dan kami sangat berharap beliau akan menyumbang pingat,” katanya kepada pemberita selepas melawat kem latihan pasukan badminton kebangsaan Akademi…

  • Tiada kompromi atlet terlibat salah laku disiplin

    Tiada kompromi atlet terlibat salah laku disiplin

    KERAJAAN Kelantan tidak berkompromi dengan mana-mana atlet yang terlibat dengan salah laku disiplin, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Wan Roslan Wan Hamat. Beliau berkata dalam pembangunan sukan di negeri itu, pelbagai perkara telah dititikberatkan terutama dalam aspek pematuhan syariah, disiplin dan sebagainya. “Dalam membuat sesuatu perkara, kita sentiasa berhadapan dengan ujian, kita…

  • All England: Permulaan sempurna bagi Zii Jia, Aaron-Wooi Yik

    All England: Permulaan sempurna bagi Zii Jia, Aaron-Wooi Yik

    PEMAIN perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka All England 2022 di Birmingham, dengan sempurna apabila berjaya menempah tempat ke pusingan kedua, malam Rabu. Berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Zii Jia yang merupakan pemain pilihan keenam, mengambil masa 43 minit untuk menundukkan pemain Jepun, Kenta Nishimoto, 21-16, 21-17. Zii Jia, yang menduduki ranking ketujuh…