Tag: sindiket
-
Guru rugi hampir RM10,000 digertak terbabit penggubahan wang haram
SEORANG guru kerugian RM9,900 selepas didakwa terbabit dalam kegiatan penggubahan wang haram, apabila menyerahkan nama dan kata laluan perbankan Internet miliknya kepada pihak ketiga di Sabah. Kejadian berlaku pada 1 Mac lalu apabila lelaki berusia 52 tahun itu yang berada di tempat kerjanya di Pitas dekat Kota Marudu, Sabah menerima panggilan daripada seorang individu yang…
-
Sindiket ugut lelaki kesunyian guna video adegan lucah
SATU sindiket yang mengeksploitasi lelaki kesunyian berjaya ditumpaskan polis selepas tujuh suspek ditahan dalam Op Bugil yang dijalankan polis negeri ini pada 16 Januari lalu di beberapa negeri termasuk Johor. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang ditahan melibatkan empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 54 tahun. Katanya, tangkapan…
-
SPRM Sabah tahan lelaki dipercayai terlibat sindiket Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang lelaki dipercayai meminta rasuah lebih RM2,000 daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lepas. Menurut sumber, lelaki berumur 31 tahun itu juga dipercayai memberi rasuah kepada sukarelawan di satu pusat pemberian vaksin sebagai balasan mendaftarkan nama individu yang tidak…
-
Dulu RM2,500, sekarang RM3,500 untuk sijil vaksinasi palsu
PERMINTAAN yang tinggi untuk mendapatkan sijil vaksinasi palsu menyaksikan sindiket pemalsuan itu menaikkan harga tambahan sebanyak RM1,000. Sebelum ini, setiap urusan dikenakan bayaran RM2,500 tetapi kali ini setiap pelanggan dikenakan bayaran RM3,500 bagi tujuan yang sama. Namun, harga itu boleh dikurangkan sehingga RM2,800 untuk satu sijil sekiranya membuat urusan untuk lebih daripada lima sijil palsu…
-
Polis tahan 3 individu terlibat kes sindiket pinjaman wang haram
POLIS menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen secara dalam talian dan melakukan ugutan jenayah kepada mangsa pinjaman menerusi Operasi Vulture di Desa Aman Puri, Kuala Lumpur pada 3 Jan lepas. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata hasil risikan selama tiga minggu yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah…
-
Tawar khidmat jimat elektrik oleh sindiket antara taktik curi elektrik – ST
SURUHANJAYA Tenaga (ST) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penjimatan tenaga elektrik oleh sindiket yang merupakan antara taktik mencuri elektrik. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan ST Mohd Elmi Anas berkata sindiket tersebut difahamkan mengambil kesempatan menipu tanpa disedari pengguna dengan mengusik dan mengubah suai meter elektrik bagi mengurangkan bil elektrik pengguna. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan…
-
4 ditahan termasuk suami isteri bersama ganja RM267,500
POLIS menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat individu, termasuk sepasang suami isteri dan merampas 107 kilogram (kg) bernilai RM267,500 dalam siri serbuan di sekitar Pulau Pinang dan Kedah, semalam serta kelmarin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan polis sejak seminggu…
-
Dua sindiket tumpas, dadah bernilah RM1.11 juta dirampas
POLIS Johor menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.11 juta menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan Kota Tinggi pada 9 dan 10 Nov lepas. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbuan pertama di Kota Tinggi pada 9 Nov lepas, antara 1.50 tengah hari hingga 3…
-
Sindiket edar syabu tumpas, polis rampas dadah RM2.18 juta
POLIS Kedah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas 54.7205 kilogram (kg) syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM2.18 juta, dalam serbuan di Bandar Amanjaya dekat sini, Isnin lepas. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam serbuan tersebut, empat suspek berjaya ditahan termasuk tiga sekeluarga, masing-masing berusia 30 hingga 70 tahun. “Pada 8.10 pagi, 27…
-
Sindiket edar dadah Geng Misai tumpas
POLIS menumpaskan sindiket pengedaran dadah ‘Geng Misai’ didalangi bapa, ahli keluarga dan kenalan rapat sejak sebulan lalu dengan penangkapan enam ahli geng terbabit dalam beberapa serbuan di Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka, hujung minggu lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, geng berkenaan diketuai lelaki berumur 64 tahun yang digelar ‘misai’…