SPRM Sabah tahan lelaki dipercayai terlibat sindiket Sijil Digital Vaksinasi COVID-19

0
402

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang lelaki dipercayai meminta rasuah lebih RM2,000 daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lepas.

Menurut sumber, lelaki berumur 31 tahun itu juga dipercayai memberi rasuah kepada sukarelawan di satu pusat pemberian vaksin sebagai balasan mendaftarkan nama individu yang tidak menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan sijil digital berkenaan.

Suspek ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi di pejabat SPRM di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here