Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Scam Archives -

Tag: Scam

  • Jurutera putih mata, rugi RM11,530 beli konsert tiket Taylor Swift

    Jurutera putih mata, rugi RM11,530 beli konsert tiket Taylor Swift

    SEORANG jurutera terpaksa berputih mata selepas rugi RM11,530 diperdaya sindiket penipuan dalam talian yang kononnya ada menjual konsert penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Taylor Swift. Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu membeli tiga tiket selepas melihat iklan penjualannya di laman e-dagang, Carousell. “Mangsa kemudian membuat pembayaran di sebuah…

  • Macau Scam: Doktor rugi RM100,000 ditipu pegawai LHDN

    Macau Scam: Doktor rugi RM100,000 ditipu pegawai LHDN

    PANIK dimaklum disenaraikan “orang dikehendaki polis” menyebabkan seorang doktor wanita kerugian RM100,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam. Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata mangsa berusia 28 tahun mendakwa menerima panggilan telefon pada Jumaat lalu daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai “pegawai” Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). “Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang…

  • Operasi Judi online di kondominium, bangunan pejabat masuk ‘jerat’ polis

    Operasi Judi online di kondominium, bangunan pejabat masuk ‘jerat’ polis

    KEGIATAN tiga sindiket judi dalam talian yang beroperasi di sebalik kondominium dan bangunan pejabat di sekitar ibu negara terbongkar selepas digempur polis baru-baru ini. Lima premis itu diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bermula 29 Mei hingga 11 Jun lalu. Menurut sumber, operasi khas yang dijalankan telah…

  • Pemilik tadika lebur RM1 juta diperdaya ‘pelabur Taiwan’

    Pemilik tadika lebur RM1 juta diperdaya ‘pelabur Taiwan’

    SEORANG wanita pemilik tadika di Bukit Piatu, Melaka kerugian lebih RM1 juta selepas diperdaya lelaki Taiwan dalam pelaburan tidak wujud, selepas 11 hari berkenalan bulan lalu. Ketua Polis Melaka, Zainol Samah, berkata mangsa berusia 53 tahun mendakwa berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai “Tan Sau Fung” selepas akaun Instagramnya “ditag” oleh suspek pada 7 April. Katanya,…

  • Pesara rugi RM845,000 ditipu ‘LHDN’

    Pesara rugi RM845,000 ditipu ‘LHDN’

    SEORANG wanita pesara kerajaan kerugian lebih RM845,450 gara-gara terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon kononnya dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis.  Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejadian bermula pada 9 Mei lepas apabila mangsa berusia 74 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu ketika berada di rumahnya…

  • Pesara wanita rugi hampir RM130,000 diperdaya ‘polis Bukit Aman’

    Pesara wanita rugi hampir RM130,000 diperdaya ‘polis Bukit Aman’

    SEORANG pesara wanita berusia 61 tahun, kerugian RM129,800 selepas diperdaya sindiket Phone Scam yang menyamar sebagai polis Bukit Aman. Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, mangsa menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai polis, mendakwa mangsa terbabit sindiket pemerdagangan manusia dan mempunyai waran tangkap, semalam. Katanya, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuat tiga…

  • Penipuan dalam talian: Guru dakwa rugi lebih RM120,000

    Penipuan dalam talian: Guru dakwa rugi lebih RM120,000

    SEORANG guru mendakwa kerugian lebih RM120,000 selepas diperdayakan dalam urusan membeli seunit sistem membayar automatik rangkaian tol atau SmartTAG yang dijual pada harga RM80 menerusi media sosial. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang berusia 54 tahun mendakwa kejadian bermula selepas dia menekan pautan yang diberikan suspek untuk membuat pembayaran. “Mangsa…

  • Juruteknik mangsa pelaburan tidak wujud, rugi RM226,948

    Juruteknik mangsa pelaburan tidak wujud, rugi RM226,948

    SEORANG juruteknik mendakwa kerugian RM226,948 akibat menyertai pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan lumayan. Mangsa berusia 59 tahun tampil membuat laporan polis jam 10.20 pagi semalam setelah menyedari dirinya ditipu skim pelaburan yang disertainya sejak Jun tahun lalu. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata mangsa diperkenalkan oleh seorang individu kepada…

  • Syarikat pelancongan ‘lesap’, impian 40 orang bercuti di Krabi terbantut

    Syarikat pelancongan ‘lesap’, impian 40 orang bercuti di Krabi terbantut

    KETERUJAAN 40 individu untuk bercuti ke Krabi, Thailand terbantut apabila mereka ditipu sebuah agensi pelancongan yang mengakibatkan kerugian lebih RM30,000. Peserta rombongan Kartini Arshad, 58, berkata, perkara itu hanya diketahui mereka jam 4 petang pada Rabu apabila seorang wanita yang berurusan dengan pekerja syarikat pelancongan terbabit memaklumkan berlaku masalah membabitkan bas yang akan dinaiki mereka…

  • Pelajar rugi RM57,488 terjerat pekerjaan tidak wujud

    Pelajar rugi RM57,488 terjerat pekerjaan tidak wujud

    SEORANG pelajar lelaki mengalami kerugian RM57,488 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, mangsa berusia 19 tahun menyertai satu iklan di laman media sosial Instagram pada 19 Disember lalu. Katanya, mangsa dikehendaki melaburkan modal terlebih dahulu dan dijanjikan pulangan daripada pelaburan terbabit.…