Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rembau Archives -

Tag: Rembau

  • Nahas dua buah lori di Rembau

    Nahas dua buah lori di Rembau

    SEORANG pemandu lori maut selepas lori yang dipandunya terbabit nahas dengan sebuah lori lain di Kilometer 231.7 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), Rembau, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Muhammad Fazuan Mohd Robit, 35, beralamat di Felda Palong 10, Jempol disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian. Menurut…

  • PN tawar enam agenda tambahan untuk Rembau

    PN tawar enam agenda tambahan untuk Rembau

    CALON Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus hari ini melancarkan manifesto tambahan bagi mengukuhkan peluang parti itu memenangi kerusi Parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini. Tawaran itu yang dikenali sebagai Rembau Maju Bersama meliputi enam agenda berkaitan wanita, pelancongan, pendidikan, belia, budaya dan komuniti. Mohd. Nazree berkata, tawaran itu dibuat selepas…

  • PN letak Rembau dalam senarai menang PRU-15

    PN letak Rembau dalam senarai menang PRU-15

    PERIKATAN Nasional (PN) Negeri Sembilan meletakkan Parlimen Rembau dalam senarai boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ketua Penerangan PN Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, bagaimanapun beliau mengakui ia bukan mudah kerana PN berdepan Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempunyai nama besar dalam barisan kepimpinan BN. “Dalam sejarah politik di Rembau, tidak…

  • PRU-15: Nazree tak gentar berdepan Tok Mat di Rembau

    PRU-15: Nazree tak gentar berdepan Tok Mat di Rembau

    CALON muda Perikatan Nasional (PN) Mohd Nazree Mohd Yunus mengakui tidak gentar biarpun terpaksa berdepan dengan figura besar Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hassan di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) kali ini. Beliau yang ditemui selepas hadir pada proses Penamaan Calon di Dewan Seri Rembau, di sini pagi tadi menyatakan keyakinan…

  • [VIDEO] Alza langgar lampu isyarat, jerit kata kesat dikesan polis

    [VIDEO] Alza langgar lampu isyarat, jerit kata kesat dikesan polis

    POLIS sedang mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dikesan melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, Negeri Sembilan. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan satu video tular pada Facebook ‘Komuniti Setempat Rembau Macam-Macam Ado’ sekitar pukul 8.30 pagi tadi. Hazri…

  • Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat

    Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat

    GERAKAN Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan yakin mampu memecahkan tembok kuat UMNO di Parlimen Rembau jika bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bersetuju mewakili gabungan itu bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail berkata, walaupun Abdul Hamid bukan ahli Parti Pejuang…

  • ‘Khairy tidak akan ke Seremban’

    ‘Khairy tidak akan ke Seremban’

    MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin dijangka tidak akan menerima pelawaan untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban memandangkan kawasan itu disifatkan sebagai kubu kuat DAP, kata beberapa penganalisis politik. Beberapa penganalisis politik berkata, walaupun Khairy seorang ahli politik yang sangat popular secara keseluruhan, namun peluang untuk beliau menawan Parlimen Seremban agak sukar memandangkan penyandang kerusi itu ialah…

  • KJ akur diminta kosongkan kerusi Rembau pada PRU-15

    KJ akur diminta kosongkan kerusi Rembau pada PRU-15

    AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau…

  • Asrama SMKA Datuk Haji Abu Hassan Haji Sail terbakar

    Asrama SMKA Datuk Haji Abu Hassan Haji Sail terbakar

    PENDUDUK berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abu Hassan Hj Sail, di Pedas, Negeri Sembilan, gempar apabila sekolah berkenaan terbakar kira-kira pukul 1.40 petang tadi. Salah seorang penduduk, Anis Elam, 31, berkata, dia terkejut apabila ternampak asap berkepul-kepul ke udara dan mendengar bunyi letupan lebih tiga kali. “Saya segera meminta bantuan orang ramai menghubungi…

  • Pelajar MRSM maut, ibu cedera kemalangan di Rembau

    Pelajar MRSM maut, ibu cedera kemalangan di Rembau

    SEORANG pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muadzam Shah, Pahang maut manakala ibunya cedera parah apabila terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 40 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Rumah Rakyat Kendong, Rembau, Negeri Sembilan, Jumaat malam. Mengikut laporan Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata, dalam kejadian pada 9.20 malam itu, mangsa Shazman Sabarudin,…