PN letak Rembau dalam senarai menang PRU-15

0
194

PERIKATAN Nasional (PN) Negeri Sembilan meletakkan Parlimen Rembau dalam senarai boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan PN Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, bagaimanapun beliau mengakui ia bukan mudah kerana PN berdepan Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempunyai nama besar dalam barisan kepimpinan BN.

“Dalam sejarah politik di Rembau, tidak pernah ada parti lain yang memerintah di Parlimen ini melainkan BN.

“Tapi dalam tempoh dua hari ini, saya tengok kita (PN) ada peluang yang besar dan baik. Oleh sebab itu, saya nak orang Rembau buat pertimbangan serta ketetapan dengan memberi kejutan dan sejarah dengan memilih PN kali ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda PN Parlimen Rembau di sini pada Isnin.

Beliau mengakui sebahagian kekuatan PN datang daripada Pas dan pada masa sama mendapat dukungan Bersatu, Gerakan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Ujar Mohd Nazree, sokongan masyarakat juga baik kerana masih ramai yang tidak berparti.

“Jadi saya yakin arus perubahan itu dapat dilakukan di Rembau, khususnya dalam kalangan anak muda yang jumlahnya lebih 60 peratus di Parlimen Rembau,” katanya lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here