Tag: positif
-
Hampir 4 juta kes positif Covid-19 di Malaysia
KES harian positif akibat COVID-19 negara meningkat sebanyak 24,241 lagi semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kini menghampiri empat juta iaitu 3,951,678 kes. Sebanyak 23,720 kes yang dilaporkan semalam membabitkan penularan tempatan, manakala 521 lagi adalah kes import. Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 294,366 kes positif masih lagi aktif, dengan sebanyak 284,592 menjalani isolasi di rumah. …
-
Abang Johari positif Covid-19
PREMIER Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg disahkan dijangkiti COVID-19, semalam. Ia dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Masyarakat Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, ketika berucap pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Miri, Sarawak, hari ini. Abang Johari sepatutnya menghadiri majlis itu hari ini yang diadakan di Hotel Pullman,…
-
116 pegawai, anggota IPD Timur Laut positif Covid-19
SERAMAI 116 pegawai dan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut disahkan positif COVID-19 dalam tempoh seminggu lepas, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong. Soffian berkata mereka dijangkiti COVID-19 kategori satu dan dua serta sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing. “Selain pegawai dan anggota berkenaan, seramai 134 ahli keluarga…
-
Hishammuddin positif Covid-19
MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif Covid-19. Perkara itu dimaklumkan pejabat kementerian tersebut pada Selasa. Menurut kenyataan itu, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM). Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala, selain turut kerap melakukan ujian…
-
Lebih 3,000 kakitangan KKM positif Covid-19 minggu lepas
LEBIH 7,700 petugas kesihatan didapati positif Covid-19 sejak Januari lalu dengan hampir separuh daripada jumlah itu direkodkan pada minggu lepas. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah itu meningkat daripada hanya 284 kes pada minggu pertama 2022 kepada 3,343 pada minggu keenam, iaitu antara 6 Februari dan 12…
-
Covid-19: Tiga juta kes positif termasuk 22,802 kes baharu
JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sudah mencecah tiga juta, selepas pertambahan sebanyak 22,802 kes baharu hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 -19 kini adalah 3,019,163 kes. Beliau berkata, daripada jumlah dilaporkan hari ini, sebanyak 99.54 peratus atau 22,698 kes adalah dalam kategori satu…
-
13 kematian terkini akibat Covid-19
SEBANYAK 13 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 32,056. Kementerian Kesihatan melaporkan tiga kematian direkodkan di Selangor, diikuti Kelantan (2), Perak (2), Sabah (2), Kedah (1), Pulau Pinang (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1). Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan…
-
Lebih 380 juta kes Covid-19, ragut 5.68 juta nyawa di seluruh dunia
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 380 juta, berikutan pertambahan lebih 4 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 75 juta kes. Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 41 juta kes dan 25 juta…
-
Hak ADUN Perak buat ujian air kencing kedua
ADALAH hak seorang Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Perak untuk membuat ujian kedua air kencingnya, selepas ujian pertama didapati mendapati positif dadah ketika ditahan di sebuah pusat hiburan di Perai, dekat sini 13 Januari lepas. Namun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pihaknya tidak boleh menguna…
-
11 korban terbaru Covid-19
SEBANYAK 11 korban baharu COVID-19, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), dilaporkan setakat tengah malam tadi. Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW dan GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), perkembangan itu menyumbang kepada sejumlah 31,655 kematian, termasuk 6,386 kes BID, hingga kini. Selangor mencatat enam korban COVID-19, semalam, di samping masing-masing satu kematian dilaporkan di…