Covid-19: Tiga juta kes positif termasuk 22,802 kes baharu

0
277

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sudah mencecah tiga juta, selepas pertambahan sebanyak 22,802 kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 -19 kini adalah 3,019,163 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah dilaporkan hari ini, sebanyak 99.54 peratus atau 22,698 kes adalah dalam kategori satu dan dua.

“Mengikut pecahan, sebanyak 5,029 kes (22.05 peratus) adalah dalam kategori satu dengan 17,668 kes (77.49 peratus) dalam kategori dua.

“Selain itu, 82 kes dalam kategori tiga, kategori empat (14 kes) dan kategori lima (lapan kes),” katanya dalam Twitter, hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here