Hampir 4 juta kes positif Covid-19 di Malaysia

0
365

KES harian positif akibat COVID-19 negara meningkat sebanyak 24,241 lagi semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kini menghampiri empat juta iaitu 3,951,678 kes. 

Sebanyak 23,720 kes yang dilaporkan semalam membabitkan penularan tempatan, manakala 521 lagi adalah kes import. 

Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 294,366 kes positif masih lagi aktif, dengan sebanyak 284,592 menjalani isolasi di rumah. 

Pada masa sama, seramai 1,791 pesakit menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan 7,600 dirawat di hospital. 

Kementerian Kesihatan (KKM) juga merekodkan sebanyak 26,615 kes subuh sepenuhnya daripada COVID-19, menyumbang kepada jumlah keseluruhan 3,623,068 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here