Abang Johari positif Covid-19

0
259

PREMIER Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg disahkan dijangkiti COVID-19, semalam.

Ia dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Masyarakat Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, ketika berucap pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Miri, Sarawak, hari ini.

Abang Johari sepatutnya menghadiri majlis itu hari ini yang diadakan di Hotel Pullman, Miri.

“Kami dimaklumkan pada jam 9 malam tadi bahawa beliau tidak dapat hadir untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini kerana beliau disahkan positif COVID-19.

“Bersama-sama kita doakan agar Premier Sarawak kita cepat sembuh seperti sedia kala,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau, Ambrose Cheng ketika dihubungi berkata, Pejabat Premier Sarawak akan mengeluarkan kenyataan Rasmi mengenai tahap kesihatan Abang Johari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here